Tuesday, May 26, 2009

Mesyuarat PAPISMA Kelantan

Alhamdulillah PAPISMA Kelantan dapat sekali lagi meneruskan mesyuarat bulanannya (bulan Mac 2009) kali ke 16 sepanjang penubuhan PAPISMA Kelantan. Seramai 14 orang ahli telah dapat menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini.

Mesyuarat kali ini banyak keputusan telah dicapai. InsyaAllah akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh tuan presiden/puan s/u

Antara beberapa perkara yang hendak diumumkan di sini adalah:


Rumah PAPISMA kelantan tidak akan disewakan kepada umum lagi sebagai rumah tumpangan. Ianya telah diputuskan untuk disewakan kepada sahabat di Kelantan yang mempunyai sedikit maslahat. Walaubagaimanapun, bentuk sewaan adalah bersyarat. Fungsi rumah PAPISMA masih lagi dikekalkan.

Sekian dari PAPISMA Kelantan untuk sahabat semua.

"Memastikan Kelestarian PAPISMA Hari Esok"

MNMP
(MOHAMAD NAJIB MAT PA)

Doktor PAPISMA berceramah

Tahniah di ucapkan kepada Dr Zakuan Zaini (microbiologist) dan Dr Rashidi (Emergency Medicine Specialist) kerana telah berjaya menyampaikan ceramah kesedaran berkenaan update of influenza A dan prepadness of influenza A. Ceramah yang diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin) bertempat di Auditorium Perubatan Nuklear, Jabatan Farmasi, Hospital USM dihadiri warga Kampus Kesihatan USM dan sebanyak 2 mata CPD diberikan kepada peserta yang mengikuti program ini sepenuh masa.

Walaupun berucap sebagai pensyarah PPSP USM, kami sebagai ahli PAPISMA berasa turut berbangga atas pencapaian dan kepakaran ahli-ahli PAPISMA. Semoga dengan ini PAPISMA akan lebih mengorak langkah maju kehadapan

Dr. Zakuan Zaini Deris ~ Influenza A (H1N1): An Update

Dr. Rashidi Ahmad ~ Preparedness Programme for Influenza A (H1N1).

Wednesday, May 6, 2009

Sekitar Ukhuwwah Day & AGM PAPISMA (Kel) 2009

(Diceduk dari email Dr husna Abd. Manan, Setiusaha PAPISMA Zon Kelantan Sesi 2009-2011)
-kemudiannya diedit secara berpatutan.



Ini gambar-gambar sekitar ukhuwwah day dan mesyuarat agong Dwi-tahunan kali pertama PAPISMA Zon Kelantan.

PAPISMA Kelantan, pertama kali-nya mengadakan mesyuarat agong dwi-tahunannya dan kali kedua bagi ukhuwwah day nya.

Fakta sejarah: ukhuwwah day pertama adalah pada tahun 2006 semasa usaha penubuhan PAPISMA Kelantan giat dilakukan pimpinan sebelum ini.



Lokasi program:




Tak jauh mana, Pantai Cahaya Bulan jer...

Suasana agak mendung.. sekejap-sekejap hujan renyai-renyai. .

Program adalah pada 21 Februari lepas, seharian dari jam 9 pagi ke 5.15 petang di tepian pantai PCB area Perdana Beach Resort tu juga bagi acara pagi dan di Dewan Duyung nya bagi AGM di sebelah petang.







Dimulakan dengan pendaftaran bagi tujuan mengumpul data terkini ahli PAPISMA yang berada di Kelantan. Yang hadir memuaskan terutama AGM. Ramai juga sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat lagi dah nak dielakkan.

Pendaftaran berterusan sampai petang kerana sahabat-sahabat tidak datang pada masa yang sama kerana ada yang kena ward-round dulu, ada yang bertugas seperti di A&E shift pagi dan sebagainya.. . tapi kami tetap menghargai kehadiran sahabat-sahabat walaupun hanya sebentar. Ada ole-ole juga buat mereka...

Acara pagi adalah sukaneka buat yang muda dan agak-agak tua...

Bagi yang muda....





Selepas sukaneka kanak-kanak selesai, kini dewasa pula..
bowling ?

ooo.. bowling padang..


Pengerusi tetap kita:

Sambil-sambil bergembira dengan sukaneka, sahabat-sahabat tidak lupa mengundi bagi memilih pimpinan baru PAPISMA Kelantan bagi sesi 2009/2011.

Dan sambil tu juga acara memilih pemenang bayi comel juga disempurnakan sebelah pagi... memang comel pemenang-pemenangny a... mak sihat, bayi sihat...

Yang lambat hadir, bayi mereka juga tetap mendapat perhatian... bagi yang baru menerima cahayamata kami mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan anda sekeluarga..

Anakanda Dr Mohd Najib Pa:



Anak Dr Wan Shah Jihan...


tembamnyer.. .



Sambil-sambil jugak, lujnah ekonomi promote kot kasualnya dan mengedarkan pamphlet Rumah PAPISMA untuk aktiviti guest housenyer..








Habis semua sukaneka, terus penyampaian hadiah dan minum pagi.















Hadiah-hadiah dan cenderahati disampaikan oleh mantan Presiden PAPISMA, Dr Harmy.















seterusnya....


Minum pagi, makan tengahari dan minum petang khas daripada Eman's catering.. Sedapp....


Makan-makan, sambil bersembang dan berkenalan.. .



Bincang ape tuuu...?





sebelah petangnya pulak......




AGM adalah sebelah petang, selepas makan tengahari dan solat zohor.
Acara di Dewan Duyung di resort ini.

Dimulakan dengan aluan pengerusi majlis Dr Khairul Afnan yang kebetulan bercuti di Kelantan (...mekaseh afnan yer....)


Ucapan amanat PAPISMA pusat dan ucapan perasmian bagi AGM dwi-tahunan PAPISMA Zon Kelantan oleh pengerusi tetap PAPISMA (yang menetap di Kelantan)...


Penuh pengertian ucapan beliau... betapa besarnya amanah Allah kepada semua pimpinan dan ahli bagi meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita kesemua.

Dr Abir



Pembentangan Laporan Aktiviti, Laporan kewangan dan pengesahan ahli mesyuarat.
Diikuti pembentangan usul.


Next...Undian pimpinan baru:






Ramai sungguh yang terpilih dalam kertas undi.
menunjukkan ramainya yang berpotensi bagi memegang kesemua jenis jawatan...
Maka kami tak risau akan warisan kepimpinan.. (ameen, insyaAllah.. .)





Kesemua pimpinan baru (tiada gambar ler...tak dan..) telah memulakan tugasan mereka sejak dari pembubaran pimpinan lama 21 Februari 2009... Siapa mereka???.. Tungguuuu... .

Program selesai dengan baik dan bersurai selepas minum petang. terima kasih atas kehadiran semua sahabat dan sumbangan yang telah anda semua hulurkan buat PAPISMA Kelantan sepanjang tahun. Hanya Allah membalas jasa baik dan pengorbanan anda semua!


wassalaam,

Dr husna Abd. Manan
Setiusaha PAPISMA Zon Kelantan Sesi 2009-2011

Tuesday, May 5, 2009

Mesyuarat PAPISMA Kelantan

Tarikh: 25 April 2009


Alhamdulillah, pada hari ini bertempat di rumah PAPISMA Kelantan, mesyuarat AJK PAPISMA Kelantan telah dapat diadakan dengan lancar tanpa sebarang tunjuk perasaan. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat bulanan, dan ini merupakan kedua selepas AGM PAPISMA Kelantan baru-baru ini

 

blogger templates | Make Money Online